Apakah yang anda faham tentang Faraid. Faraid dari segi bahasa bermaksud KETETAPAN.
Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti (Anak, Isteri, Suami, Ibu, Bapa dan Lain-lain) Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada bentuk agama (Zakat, Nazar dll) atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang di benarkan syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid adalah:
- Tanah, bangunan ( rumah, kilang, gudang dll);
- Barang kemas (emas, perak dll);
- Insurans, saham, bon, wang tunai, dll ( sama ada dilabur atau tidak);
- Tanah, kebun, ladang dll;
- Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.
Hukum Berkenaan Faraid
Pembahagian harta pusaka menurut Islam selepas berlakunya kematian seseorang muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu terhadap harta yang ditinggalkan. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh Allah secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya WAJIB untuk ditunaikan dan FARDU KIFAYAH kepada umat islam (Khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya.

Apakah Kesan Jika Tidak Melaksanakan Faraid?
Sekiranya umat islam mengabaikan pembahagian harta pusaka dengan menggunakan sistem faraid ini dikhuatiri akan berlakunya
1. Memakan Harta Anak Yatim.
2. Memakan Harta Saudara-Mara.
3. Memakan Harta Baitulmal.

Tuntutan Belajar Ilmu Faraid Dalil
Rasullulah s.a.w (maksudnya):
Pelajarilah Ilmu Faraid dan Ajarkanlah kepada Manusia, kerana ia adalah separuh dari ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama yang akan dicabut dari umatku.
- Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah.
Sabda Rasullulah s.a.w:
Pelajarilah Ilmu Faraid dan Ajarkanlah kepada orang lain, Sesungguhnya aku akan mati dan ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau bilau. Sehingga ada dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan masalah mereka.
- Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas'ud.
Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka) anak-anakmu. Iaitu, bahagian seorang anak laki-laki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka dia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam daripada harta yang ditinggalkan jika orang yang meninggal itu mempunyai anak dan dia diwarisi oleh ibu bapanya sahaja, maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa orang saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut di atas sudah dipenuhi wasiat yang dibuatnya atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa antara mereka yang lebih dekat (banyak) manafaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
- Surah An-Nisa :11.

Sumber daripada laman web www.mswp.gov.my
No comments:
Post a Comment