Korang masih mencari restoran yang menyediakan makanan asli Negeri Pahang di Kuala Lumpur. Memang susah tapi sekarang tidak lagi kerana ada banyak pilihan yang ada. Cuma selera kita sahaja yang mahukan yang mana. Pilihan2 restoran ini berdasarkan menu yang dihidangakan dan keaslian masakan yang memang berasal dari negera pantai timur ini. 2 restoran pilihan ramai dan menarik ini boleh di kunjungi bila ada masa.
1) Restoran Dapur Koi
Buat peminat makanan asli negeri Pahang kat sekitar KL dan Selangor ini agak susah nak dapat. Tapi kali ini semua hidangan negeri Pahang ada di Restoran Dapur Koi. Jadi pecinta makanan seperti Patin Masak Tempoyak dan juga Sambal Hitam memang ini adalah tempatnya.
Restoran ini baru sahaja di buka tak sampai sebulan pun dari posting ini di buat dan pada masa sama mereka juga baru sahaja merasmikan pembukaan restoran ini pada 16 Mei 2015 yang lepas. Majlis pembukaan yang cukup meriah dan di raikan bersama beberapa barisan artis yang hadir seperti Awal Ashaari, Kaka Azraff dan juga penyampai radio ERA Jaa.
Bagi orang Pahang dan memang mencintai masak Pahang ni jadi mesti kena cuba. Ada beberapa menu yang tak pernah saya rasa tapi pernah dengar sahaja hehehehe. Paling tak sabar nak cuba mestilah Patin Masak Tempoyak kan.
Di sini ada 2 jenis patin yang di masak tempoyak iaitu Patin Sangkar dan juga Patin Buah dari sungai Pahang. Bagi saya kedua2 patin ini rasa berbeza dari rasa lemaknya tapi yang best masak tempoyak kat sini juga rasa sedap sangat. Di tambah pulak dengan Sambal Hitam Pahang memang terangkat bila korang makan. Pada yang kuat pedas sambal hitam ini sangat sesuai untuk cuba.
2) Restoran Temerloh Katering
Ramai gila kot orang suka makan masakan Ikan Patin Masak Tempoyak. Hidangan cukup popular ini datang dari satu daerah di tengah2 semenanjung Malaysia iaitu Temerloh. Sebab tu lah Temerloh digelar "Bandar Ikan Patin".
Bagi saya sebagai anak jati Pahang dari Temerloh memang bangga kerana populariti masakan Ikan Patin ini. Sebab tu saya kata korang menyesal kalau tak makan masakan Ikan Patin ini sebab ia unik tiada di tempat lain. Tapi buat orang KL ni macam mana nak makan masakan ni setiap hari. Tak kan nak berulang-alik dari KL ker Termeloh selama 4 jam semata2 nak makan masakan ini jer.
Kini di sekitar KL telah ada 4 restoran khas sediakan masakan Ikan Patin Masak Tempoyak dari Temerloh. Nama restoran pun Restoran Temerloh Catering yang terdapat di Wangsa Maju, Bandar Baru Bangi, Shah Alam dan cawangan asal di Bandar Temerloh sendiri. Jadi orang KL ni hari2 dah boleh makan masakan original Ikan Patin ini tanpa rasa bimbang akan harganya.
Orang kata harga masakan Ikan Patin ini boleh cecah sehingga puluhan ringgit untuk seketul dagingnya. Sebenarnya orang paling suka makan bahagian kepala Ikan Patin kerana ia mengandungoi sedikit lemak yang membuatkan ia begitu menjadi kegilaan ramai. Kalau kat restoran ini mereka sediakan Ikan Pating Sangkar daripada Sungai Pahang sendiri. Jadi tak risau akan bau hanyir dan juga bau tanah seperti mana yang sesetengah orang ceritakan.
Maklumat lanjut boleh baca di blog Mahamahu.com
No comments:
Post a Comment